PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

GOTONG-ROYONG BERSIH PANTAI | COMMUNITY BEACH CLEAN UP PANTAI SUNGAI ULAR

JAS PAHANG 26/08/2026 11 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
GOTONG-ROYONG BERSIH PANTAI | COMMUNITY BEACH CLEAN UP PANTAI SUNGAI ULAR
Subjek
GOTONG-ROYONG
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
23/08/2026
Organisasi
ALLIANCE STEEL
Lokasi
PANTAI SUNGAI ULAR

Penerangan

Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. selaku penganjur utama telah menjayakan Program Gotong-Royong Bersih Pantai (Community Beach Clean Up) yang berlangsung di Pantai Sungai Ular, Kuantan, Pahang. Program yang melibatkan hampir 130 orang peserta ini disertai oleh warga Alliance Steel, Jabatan Alam Sekitar (JAS), komuniti setempat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Ular, Rejimen 882 TUDM dan Persatuan Nelayan Sungai Ular. Program ini merupakan satu inisiatif kolaborasi yang menyatukan pihak industri, agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam usaha memupuk kesedaran serta tanggungjawab bersama terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar, khususnya ekosistem pantai. Turut hadir dalam program ini ialah Mr. Pan Chuan Xia, Director, Alliance Steel (M) Sdn. Bhd.; Mr. Lin Xue Qiang, Timbalan Ketua Pejabat, Alliance Steel (M) Sdn. Bhd.; serta Encik Tajuddin bin Mokhtar, Pengerusi JPKK Kampung Sungai Ular. Dalam program tersebut, Puan Amirah Syazwani binti Mazlan wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara pihak industri, agensi kerajaan dan komuniti dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus dipelihara. JAS Negeri Pahang turut memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini, khususnya dalam usaha memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan pantai serta memelihara alam sekitar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja memberi impak positif dalam memastikan kawasan Pantai Sungai Ular kekal bersih dan terpelihara, malah menjadi wadah untuk menyemai semangat kesukarelawanan, kebersamaan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat. JAS Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. selaku penganjur utama, serta semua agensi, komuniti dan pihak berkepentingan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Pantai Bersih, Alam Terpelihara, Komuniti Sejahtera.