PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Penerbitan & Media

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH

JAS KEDAH 26/08/2026 29 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
Subjek
RONDAAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
26/08/2026
Lokasi
SUNGAI PETANI

Penerangan

Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sungai Petani telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di Daerah Kuala Muda melibatkan Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Kawasan Perindustrian Tikam Batu dan Kawasan Perindustrian PKNK selain tapak-tapak pembinaan dan hotspot pembakaran terbuka di kawasan Daerah Kuala Muda terutama sekitar Taman Permaipura, Bedong dan Bukit Banyan. Pemantauan juga dibuat ke atas buangan sitaan JAS dalam operasi sebelum ini. Keberadaan pegawai JAS di lapangan terutama pada cuti mingguan dapat menghindari kegiatan haram pelupusan buangan terjadual, aktiviti pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta bagi mengesan sebarang aktiviti pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan JAS. Jabatan Alam Sekitar mengesa agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka terutama semasa musim kering. Selain menyeru kepada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 atau secara atas talian melalui http://eaduan.doe.gov.my