PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT YB EXCO KEUSAHAWANAN, SUMBER MANUSIA, PERUBAHAN IKLIM, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN KE JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 27/08/2026 45 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT YB EXCO KEUSAHAWANAN, SUMBER MANUSIA, PERUBAHAN IKLIM, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN KE JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Subjek
Kunjungan hormat
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
27/08/2026
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

???? ???????? ???????? | ???????????? – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima Kunjungan Hormat daripada YB Mohd Fairuz bin Mohd Isa, Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta memantapkan kerjasama strategik antara pihak Kerajaan Negeri dan JAS Negeri Sembilan dalam menangani isu – isu berkaitan pematuhan industri dan impak pembangunan terhadap alam sekitar di peringkat negeri. Sesi kunjungan turut disertakan dengan perbincangan berkaitan isu dan cabaran JAS Negeri Sembilan dalam memperkasa penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pemantauan berterusan kualiti udara dan air, serta pengurusan buangan terjadual yang mampan. Di samping itu, keutamaan turut diberikan kepada tindakan pantas terhadap aduan pencemaran awam serta pelaksanaan program pendidikan dan latihan pematuhan industri. Seluruh warga JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Mohd Fairuz bin Mohd Isa atas kesudian meluangkan masa berkunjung dan berinteraksi bersama warga jabatan. Semoga komitmen dan sinergi yang dizahirkan ini dapat memacu Negeri Sembilan ke arah sebuah negeri yang mampan, bersih, dan sejahtera selaras dengan slogan "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama".