Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM MY BRIGHTER GREEN INITIATIVE ANJURAN TNB POWER GENERATION SDN BHD (TNB GENCO) & STESEN JANAKUASA TUANKU MUHRIZ, PORT DICKSON
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
Penerangan
O6 Ogos 2026, Port Dickson – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menyertai program penanaman pokok bakau di Hutan Simpan Kekal Tanjung Tuan, Melaka yang dianjurkan oleh Tnb Power Generation Sdn Bhd (Tnb Genco) & Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Port Dickson. Program My Brighter Green Initiative (MBGI) 2026 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shahrir Abdul Latif, Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd.
Delegasi JASNS yang diketuai oleh Pengarah, Tuan Abdul Aziz Bin Parmin turut membantu dalam penananaman anak pokok bakau. Program dimulakan dengan sesi taklimat dan diikuti dengan aktiviti penanaman 1,500 anak pokok bakau di kawasan yang telah dikenal pasti.
Penganjuran Program Penanaman Pokok Bakau ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan khazanah semula jadi negara, malah memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Program seperti ini juga dapat menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan lestari dalam kehidupan seharian dan dapat menyemaikan semangat cintakan alam selaras dengan tema Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan komunikasi sosial di antara JAS dan masyarakat .