Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
Penerangan
13 Ogos 2026, Seremban – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Sembilan, Tuan Abdul Aziz bin Parmin telah menerima kunjungan daripada Pasukan Auditor JAS Ibu Pejabat bagi menjalankan Audit Kualiti Dalaman (AKD) Penguatkuasaan dan Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan selama tiga (3) hari bermula pada 11 hingga 12 Ogos 2026. Pasukan audit telah diketuai oleh Tuan Mohd Amin Bin Ghazali, dari Ibu Pejabat JAS bersama empat (4) pegawai yang lain.
Program Audit Kualiti Dalaman ini dijalankan bagi menyemak dan menilai pematuhan terhadap prosedur kerja penguatkuasaan, kecekapan dalam menjalankan penguatkuasaan dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis-premis di Negeri Sembilan. Hasil penilaian audit tersebut akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan alam sekitar secara keseluruhannya.
JAS Negeri Sembilan komited untuk kekal patuh kepada Prosedur Operasi Standard Penguatkuasaan JAS dalam memastikan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan yang berkesan di Negeri Sembilan.