PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

JAS NEGERI SEMBILAN 27/08/2026 32 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
Subjek
KUNJUNGAN HORMAT
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
27/08/2026

Penerangan

6 Ogos 2026, Seremban – Delegasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Sembilan, Tuan Abdul Aziz bin Parmin, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, Negeri Sembilan yang baharu iaitu Yang Mulia Tuan Engku Ahmad Rashdi bin Engku Abdillah di pejabat beliau. Kunjungan hormat ini diadakan bagi meneruskan dan memperkukuh jalinan kerjasama antara JAS Negeri Sembilan dengan Unit Pendakwaan, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan. Selain sesi suai kenal, perbincangan turut diadakan mengenai hala tuju penambahbaikan tindakan penguatkuasaan, khususnya berkaitan prosedur pengeluaran kompaun, pendakwaan kes secara berkesan serta kerjasama dalam pelaksanaan latihan kepada pegawai-pegawai JAS Negeri Sembilan bagi memperkukuh penyediaan kertas siasatan yang berkualiti dimasa hadapan.