Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA, MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT SERTA PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Kuala Langat
Penerangan
20 Ogos 2026, Sijangkang - Satu operasi bersepadu telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang bersama Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
Semasa operasi tersebut, premis didapati menerima e-waste yang dikategorikan sebagai buangan terjadual (SW 110). Premis juga didapati melakukan aktiviti peleraian dan pengasingan untuk mendapatkan bahan plastik dan logam dari e-waste selain daripada mendapatkan wayar, printed circuit board dan coil. Berdasarkan siasatan penguatkuasaan mendapati premis menjalankan perniagaan membeli dan menjual barang lusuh
Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dibuat ke atas premis. Pemantauan berkala di lokasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan.
Patuhi undang-undang! kesalahan berkaitan buangan terjadual boleh menyebabkan mana-mana pihak dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10,000,000.00.