PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

JAS KEDAH 27/08/2026 21 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026
Subjek
HARI PAHLAWAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
27/08/2026
Lokasi
ALOR SETAR, KEDAH

Penerangan

ALOR SETAR, 31 Julai 2026 –Majlis Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 berlangsung dengan penuh istiadat di Tugu Peringatan, Jalan Tunku Bendahara, di sini pagi ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan mencemar duli berangkat menghadiri istiadat tersebut. Baginda kemudiannya berkenan menerima Sembah Hormat Diraja, seterusnya mencemar duli memeriksa perbarisan sebelum menyempurnakan upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sebagai simbol penghargaan terhadap jasa para pahlawan negara. JAS Kedah diwakili Puan Pengarah, Sharifah Zakiah Syed Sahab dan Puan Norma Abd Razak, Ketua Cawangan JAS Kulim turut hadir memeriahkan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para pahlawan dan wira negara yang berjuang untuk negara. Sambutan Hari Pahlawan disambut setiap tahun adalah untuk menghargai dan mengingati jasa serta pengorbanan para pahlawan dan wira negara yang telah bertarung atau berjuang mempertahankan kemerdekaan, keamanan, dan kedaulatan negara. Hari ini menjadi satu peluang untuk mengenang semangat patriotik mereka, menguatkan rasa cinta kepada tanah air, serta menginspirasikan generasi muda supaya terus memupuk nilai-nilai keberanian, kesetiaan, dan pengorbanan demi negara. "Jasamu Dikenang, Pengorbananmu Disanjung"