Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KERJASAMA PERSAMPELAN KAJIAN KUALITI AIR SUNGAI DAN MIKROPLASTIK DI SUNGAI LANGAT ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR CAWANGAN KAJANG DAN INSTITUT ALAM SEKITAR DAN PEMBAGUNAN (LESTARI) UKM
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- JAS Selangor
- Lokasi
- Kajang
Penerangan
19 Ogos 2026, Kajang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Cawangan Kajang telah memberikan kerjasama kepada pihak Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) UKM dalam pelaksanaan aktiviti persampelan bagi kajian kualiti air sungai dan mikroplastik di Sungai Langat.
Kerjasama ini merupakan antara usaha berterusan dan menyokong serta membantu pihak Lestari UKM dalam pemantauan serta pengumpulan data berkaitan kualiti alam sekitar khususnya ekosistem sungai.
Komitmen ini mencerminkan pendekatan JAS yang sentiasa mengutamakan pemantauan dan kerjasama strategik secara berterusan demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.