Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM RESTORASI TERUMBU KARANG DI PULAU SINGA BESAR LANGKAWI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- JAS KEDAH
- Lokasi
- LANGKAWI, KEDAH
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penganjuran Program Restorasi Terumbu Karang yang diadakan di Pulau Singa Besar, Langkawi.
Program dimeriahkan dengan kehadiran Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah JAS Kedah yang merasmikan program tersebut. Program anjuran bersama Jabatan Perikanan Negeri Kedah itu turut disokong oleh Yayasan Sultanah Bahiyah, Junior Chamber International (JCI) Kulim dan Langkawi Terminal Cruise Sdn Bhd.
Program yang disertai seramai 100 orang sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk memberikan kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar kepada peserta melalui aktiviti penanaman anak benih karang yang membolehkan terumbu karang tersebut hidup dan membiak di kawasan perairan Pulau Singa Besar. Aktiviti kutip sampah turut dijalankan bersama sukarelawan yang turut mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar dalam usaha meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.
Program yang dijalankan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2026 ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan program tersebut