PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SEMINAR ENVIRONMENTAL STEWARDSHIP & REGULATORY EXCELLENCE (ESRE) 2026

JAS KEDAH 27/08/2026 42 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR ENVIRONMENTAL STEWARDSHIP & REGULATORY EXCELLENCE (ESRE) 2026
Subjek
SEMINAR
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
01/08/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KEDAH

Penerangan

Langkawi, 22 Julai 2026 – Seminar Environmental Stewardship & Regulatory Excellence (ESRE) 2026 telah berjaya dianjurkan pada 21 hingga 22 Julai 2026 di Hotel Wings by Croske, Langkawi, dengan menghimpunkan 250 orang peserta daripada agensi kerajaan, sektor perindustrian, perunding alam sekitar, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak berkepentingan. Seminar ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memperkukuh kefahaman mengenai tadbir urus alam sekitar, pematuhan perundangan serta amalan terbaik ke arah pembangunan yang lebih lestari melalui pembentangan teknikal dan sesi perkongsian oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Penganjuran ESRE 2026 membuktikan komitmen semua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik dan budaya pematuhan alam sekitar, sekali gus menyokong usaha melahirkan pengurusan alam sekitar yang lebih mampan dan berkesan.