PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Polisi & Perundangan

PREMIS KITAR SEMULA SISA PLASTIK DIDENDA BEROPERASI TANPA KELULUSAN EIA

JAS KEDAH 27/08/2026 98 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS KITAR SEMULA SISA PLASTIK DIDENDA BEROPERASI TANPA KELULUSAN EIA
Subjek
KES MAHKAMAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
11/08/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KEDAH

Penerangan

Sungai Petani, Kedah - 11 Ogos 2026 Sebuah premis kitar semula sisa pepejal (sisa plastik) telah didenda sejumlah RM130,000.00 di Mahkamah Sungai Petani, Kedah Darul Aman kerana beroperasi tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling(EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar. Hakim Mahkamah Sesyen 1, Nabisha bt Ibrahim menjatuhkan hukuman denda tersebut selepas Pengarah Syarikat yang mewakili Syarikat selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan yang dijalankan di premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya,Sungai Petani oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah Cawangan Sungai Petani pada 30hb Mac 2026 mendapati premis telah membina loji kitar semula bagi menjalankan aktiviti kitar semula sisa pepejal(sisa plastik) tanpa kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar.? Kesalahan di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(??. Seksyen 34A(?? memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit(RM100,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit(RM 1juta) Pengarah Syarikat memohon agar diringankan hukuman kerana premis tidak lagi beroperasi. Manakala pihak pendakwaan yang diwakili oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah memohon hukuman yang setimpal diberikan kepada premis Justeru itu pihak industri kitar semula diingatkan agar sentiasa mematuhi keperluan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada setiap masa.