Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- AUDIT PENGUATKUASAAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI KEDAH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 13/08/2026
- Organisasi
- JAS KEDAH
- Lokasi
- BILIK MESYUARAT JAS KEDAH
Penerangan
13 Ogos 2026, Kedah – Satu Audit Penguatkuasaan dan Keberkesanan Tindakan Penguatkuasaan telah dijalankan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah selama tiga (3) hari bermula dari 11 hingga 13 Ogos 2026. Pasukan audit tersebut telah diketuai oleh Encik Shazly bin Ab. Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Aduan dan Tindakan Susulanan Penguatkuasaan JAS Ibu Pejabat, bersama-sama lima (5) orang pegawai auditor yang lain.
Pengarah JAS Negeri Kedah, Encik Rosli bin Mustafa mengalu-alukan kehadiran pasukan audit serta menzahirkan komitmen JAS Kedah untuk memberi sokongan dan kerjasama dalam memastikan pelaksanaan audit berjalan lancar sepanjang tempoh audit.
Sepanjang pelaksanaan audit, pasukan auditor telah menjalankan semakan dokumen dan penilaian terhadap tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh JAS Kedah merangkumi pematuhan terhadap prosedur kerja penguatkuasaan, pengurusan dokumentasi, tindakan susulan kes serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan.
Pelaksanaan audit ini merupakan salah satu usaha Jabatan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan di lapangan adalah patuh terhadap Prosedur Operasi Tetap (PTO) JAS yang terkini. Hal ini bagi memastikan kerja-kerja penguatkuasaan lebih berkesan dapat dilaksanakan secara teratur dan selaras dengan PTO JAS. Selain itu, pelaksanaan audit ini turut membuka peluang untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh lagi tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974.
JAS Negeri Kedah sentiasa komited untuk mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang profesional, telus dan berintegriti selaras dengan PTO Penguatkuasaan JAS demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara pada sepanjang masa.