PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN SYARAT KELULUSAN EIA: JAS SABAH PANTAU PEMATUHAN PROJEK DI SEKITAR KENINGAU

JAS SABAH 27/08/2026 51 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PENGUATKUASAAN SYARAT KELULUSAN EIA: JAS SABAH PANTAU PEMATUHAN PROJEK DI SEKITAR KENINGAU
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
12/08/2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah
Lokasi
Keningau

Penerangan

12 OGOS 2026,? KENINGAU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah di bawah Unit Penguatkuasaan EIA telah melaksanakan siri pemeriksaan penguatkuasaan sepanjang minggu lepas yang memfokuskan sepenuhnya kepada pematuhan Syarat-Syarat Kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A(7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemeriksaan ini menyasarkan tapak projek di sekitar daerah Keningau bagi memastikan penggerak projek (PP) mematuhi standard dan syarat kelulusan yang telah ditetapkan. ?Pemeriksaan yang dijalankan melibatkan pemantauan rapi ke atas: 1. Semakan Dokumen Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP): Memastikan dokumen EMP sentiasa dikemaskini dan dilaksanakan sepenuhnya sebagai panduan pengurusan alam sekitar di tapak projek. 2. ?Pemeriksaan Kualiti Pemantauan Air, Udara, Bunyi dan Getaran. 3. ?Pengurusan Buangan Terjadual di kawasan tapak. 4. ?Larangan melakukan Pembakaran Terbuka di dalam kawasan Tapak. 5. Semakan terhadap permohonan Kebenaran Bertulis (KB). ?JAS Negeri Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana premis atau penggerak projek yang didapati gagal mematuhi syarat kelulusan EIA di bawah Seksyen 34A(7). ?Pihak Jabatan akan terus konsisten dalam menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan lapangan di Negeri Sabah demi menjamin kualiti alam sekitar yang mampan serta kesejahteraan seluruh masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. ?Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu pencemaran alam sekitar melalui saluran rasmi berikut: Talian Bebas Tol: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan: https://eaduan.doe.gov.my ?#NRES #jabatanalamsekitar #jassabah #alamsekitartanggungjawabbersama