Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGANJURAN PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH TAHUN 2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 14/08/2026
- Organisasi
- JAS KEDAH
- Lokasi
- KEDAH
Penerangan
14 Ogos 2026, Sungai Petani, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Hari Air dan Alam Sekitar, Daerah Kuala Muda di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sidam Kiri, Kampung Padang Buluh, Sungai Petani, Kedah.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Muhamad Yusoff @ Munir Bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya Sumber Asli, Sumber Air Dan Alam Sekitar Negeri Kedah.
Pelbagai agensi turut dijemput mengadakan pameran antaranya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Perhilitan,Bomba, Pejabat Agama Islam Daerah Sungai Petani dan lain- lain.
Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti pertandingan tarik tali, pertandingan mewarna, kuiz tentang e-waste, bermain puzzle, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.
Pendaftaran Rakan Alam Sekitar kepada pengunjung turut mendapat sambutan yang baik.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada
masyarakat setempat di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".