PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Penerbitan & Media

RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN SIASATAN ADUAN DAERAH KULIM KEDAH

JAS KEDAH 27/08/2026 101 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DARAT BAGI OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN SIASATAN ADUAN DAERAH KULIM KEDAH
Subjek
RONDAAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
15/08/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KEDAH

Penerangan

15 OGOS 2026 -Kulim, Kedah. Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan Rondaan Darat bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan di sekitar Kulim dan Baling. Sementara itu, siasatan aduan di beberapa lokasi sekitar Kulim telah disiasat antaranya Taman Selasih, Kulim Square, Taman Seroja, Padang Serai dan beberapa lokasi lain. Pemantauan yang dijalankan ini adalah bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam termasuklah pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara yang tidak mematuhi had yang telah ditetapkan oleh JAS. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1 juta) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas suatu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus(50%) daripada denda maksimum. Orang ramai adalah diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emailkan kepada aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan Jabatan Alam Sekitar, https://eaduan.doe.gov.my.