PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Digital / Polisi & Perundangan

SEBUAH PREMIS KITAR SEMULA SISA PEPEJAL (SISA PLASTIK) TELAH DIDENDA SEJUMLAH RM100,000.00 DI MAHKAMAH SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

JAS KEDAH 27/08/2026 82 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEBUAH PREMIS KITAR SEMULA SISA PEPEJAL (SISA PLASTIK) TELAH DIDENDA SEJUMLAH RM100,000.00 DI MAHKAMAH SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
Subjek
KES MAHKAMAH
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
17/08/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KEDAH

Penerangan

Sungai Petani, Kedah - 17 Ogos 2026 Sebuah premis kitar semula sisa pepejal (sisa plastik) telah didenda sejumlah RM100,000.00 di Mahkamah Sungai Petani, Kedah Darul Aman kerana beroperasi tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar. Hakim Mahkamah Sesyen 2, Puan Najwa bt Che Mat menjatuhkan hukuman denda tersebut selepas pengurus premis yang mewakili syarikat selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku salah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan yang dijalankan di premis yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Bukit Selambau,Sungai Petani oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah Cawangan Sungai Petani pada 09hb Mac 2026 mendapati premis telah membina loji kitar semula bagi menjalankan aktiviti kitar semula sisa pepejal (sisa plastik) tanpa kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar.? Kesalahan di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(??. Seksyen 34A(?? memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) dan tidak melebihi satu juta ringgit (RM 1juta). Pengurus premis memohon agar diringankan hukuman kerana premis telah menghantar Laporan EIA pada 16 Jun 2026 dan laporan tersebut telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah pada 22 Julai 2026.??Manakala pihak pendakwaan yang diwakili oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah memohon hukuman yang setimpal diberikan kepada premis sebagai pengajaran kepada premis dan pemain pemain industri kitar semula plastik yang lain supaya mendapatkan kelulusan eia terlebih dahulu sebelum beroperasi seterusnya mematuhi keperluan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada setiap masa.