PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR SIRI 1/OGOS 2026 BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA

JAS KEDAH 27/08/2026 29 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK KENDERAAN BERMOTOR SIRI 1/OGOS 2026 BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA
Subjek
OPS GERAK
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
18/08/2026
Lokasi
LUNAS, KEDAH

Penerangan

18 Ogos 2026, Lunas – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah bersama anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM Zon Utara 2 telah menjalankan Operasi Bersepadu Kenderaan Diesel. Operasi ini telah dijalankan di Plaza Tol Lunas sebagai satu usaha Jabatan Alam Sekitar bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996. Sebanyak 36 buah kenderaan diesel telah diperiksa, 8 kenderaan telah diuji meter. Sejumlah 2 kompaun dan 3 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pemilik kenderaan tersebut diarahkan menjalankan ujian semula di PUSPAKOM selepas tindakan pembetulan telah dilakukan. JAS Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi terlibat atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian aduan JAS Kedah 012-4172823 atau talian bebas tol 1-800-88-2727 atau http://eaduan.doe.gov.my