Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMBANGUNAN PELAN INDUK TAMAN PERINDUSTRIAN EKONOMI BIRU KUDAT (KBEIP) BIL.2/2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 24/07/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Lokasi
- Hyatt Regency
Penerangan
Tarikh: 24/7/2026 (Jumaat)
Masa: 08.00 am - 01.30 pm
Tempat: Kimanis Ballroom, Hyat Regency
Anjuran : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)
Kehadiran: Wakil Jabatan/Agensi Persekutuan & Negeri, PBT & Juruperunding dilantik.
Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp
Ringkasan Mesyuarat:
1. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Datuk Ar. James Wong Kein Peng, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO.
2. Seterusnya pembentangan laporan dibuat oleh Ketua Juruperunding dilantik iaitu Arkitek OMA dan diikuti pembentangan dari pasukan juruperunding lain dilantik antaranya JTA Planners, PY Konsep, perunding Kos KVC, KASI (Malaysia) Sdn Bhd, DHI Water & Environment (M) Sdn Bhd, Bgreen Asscociates dan lain-lain lagi.
3. Beberapa cadangan plan pembangunan (maping) telah dibentangkan dalam pelaporan dan telah diulas oleh wakil Jabatan.
4. Dimaklumkan kawasan industri KBEIP telah mendapat pewartaan sbg Zon Heavy Industry daripada JPB&W. Wakil Jabatan memaklumkan masih ada keperluan utk merujuk kpd garispanduan 'guidelines on pollution prevention in industrial siting' 2025 kerana ia merujuk kpd intensiti punca pencemaran industri bagi menentukan jarak minima 'buffer zone' dgn ESR. Pengerusi Mesyuarat memaklumkan projek pembangunan hanya terhad kpd pembinaan light industry dan medium industry kerana sensitiviti tempatan dan bagi mengekalkan konsep projek in line dgn pemasaran.
5. Melalui pembentangan laporan juga terdapat cadangan pembangunan STP (20,000 PE), Loji Rawatan Air, jeti dgn limbungan kapal (shipyard) dan fishmeal factory.
6. Wakil Jabatan memaklumkan kpd mesyuarat pembinaan STP (20,000 PE) tertakluk kpd keperluan kelulusan Laporan EIA, Jadual Pertama, PKAS (AYDT)(EIA), 2015. Pembinaan limbungan kapal (shipyard) kapasiti 5000 MT juga tertakluk keperluan kelulusan Laporan EIA, Jadual Pertama, PKAS (AYDT)(EIA), 2015.
7. Manakala cadangan pembinaan Loji Rawatan Air mempunyai residue sludge yg mengandungi Alum perlu diurus mengikut peraturan PPKAS (BT), 2005. Berdasarkan garispanduan PPIS2025, Fishmeal factory dikategorikan sbg High Pollution Industry - mpy pelepasan waste water, particulate dr cerobong dan masalah bau dari pendaratan dan pengumpulan ikan reject/ikan buruk sbg raw material. Selain perlu merujuk kpd garispanduan PPIS2025, dicadangkan juga perlu menjalankan air pollution modeling study bagi menentukan jarak sebenar keperluan 'buffer zone'.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
UNIT EIA & IP