PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR - PLASTIC BUSTER DAN PENANAMAN POKOK DI KG BOHOR MERAH, AYER HANGAT

JAS KEDAH 27/08/2026 17 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR - PLASTIC BUSTER DAN PENANAMAN POKOK DI KG BOHOR MERAH, AYER HANGAT
Subjek
PROGRAM KESEDARAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
22/08/2026
Lokasi
LANGKAWI KEDAH

Penerangan

22 Ogos 2026 - Kg Bohor Merah, Ayer Hangat, Langkawi Satu program kesedaran alam sekitar telah berjaya diadakan bersama-sama dengan pelajar diploma pemasaran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) di Kg Bohor Merah Ayer Hangat, Langkawi. Program kerjasama strategik ini melibatkan pihak POLIMAS, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, JAS Cawangan Langkawi, Pejabat Hutan Daerah Kedah Barat Langkawi dan pihak E-Idaman Cawangan Langkawi. Program dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Rosli bin Mustafa, Pengarah JAS Kedah dan disertai seramai 70 orang sukarelawan daripada pihak terlibat. Para peserta juga diberikan taklimat mengenai kepentingan pokok dlm kehidupan dan peranan pokok-pokok dlm mengekalkan ekosistem yg seimbang. Program juga bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda dalam menjaga dan menghargai alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan adalah penanaman anak pokok Rhu dan kutip sampah sambil riadah (plastic buster) di kawasan sekitar kampung terlibat. JAS Kedah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.