Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH TUAN ROSLI BIN MUSTAFA KE PEJABAT PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI KEDAH, JABATAN PEGUAM NEGARA
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 26/08/2026
- Lokasi
- JAS KEDAH
Penerangan
???Tarikh:26.08.2026 (RABU)
??Masa: 9.30 pg - 11.00 pagi
Kehadiran pegawai-pegawai JAS Kedah:
Pengarah JAS Negeri Kedah, Tuan Rosli bin Mustafa, Timbalan Pengarah (Operasi) Tuan Zulfadzli bin Zakaria, B.C.K dan Pegawai Pendakwa JAS Kedah, Encik Muniff bin Mat Rus.
??Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Khairul Anuar bin Abdul Halim telah sudi menerima kunjungan hormat Tuan Pengarah JAS Kedah dan wakil pengurusan JAS Kedah pada 26 Ogos 2026 di pejabat beliau di Blok C, Wisma Darul Aman, Bandar Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
??Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin dan memperkukuh hubungan dua hala yang baik selain memperkenalkan pengurusan baharu JAS Kedah serta mendapat khidmat nasihat mengenai hal ehwal perundangan dan pendakwaan.
Pihak JAS Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah atas sesi kunjungan hormat ini.