Koleksi Gambar / Mesyuarat
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (JAS SABAH) BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN SABAH (JPPS
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 03/08/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Lokasi
- Dewan Persidangan Wisma Tun FUad
Penerangan
3 Ogos 2026, Dewan Persidangan Wisma Tun Fuad - Sesi Libat Urus yang dipengerusikan oleh Pengarah JPPS dan Pengarah JAS Sabah telah berlangsung selama lebih kurang 4 jam yang dimulakan dengan perutusan oleh kedua-dua Puan Pengarah.
Agenda utama Sesi Libat Urus ini adalah Sesi Taklimat oleh pegawai JAS Sabah, Encik Nadzmi iaitu pembentangan berkaitan Pengenalan & Peranan JAS, Program Pengawasan dan Status Kualiti Air Sungai dan Marin di Sabah, Statistik dan Isu Berkaitan Pematuhan Kumbahan di Sabah.
JPPS juga telah membentangkan isu untuk dibincangkan dan mendapatkan nasihat daripada JAS Sabah iaitu berkaitan Notis Arahan yang diterima termasuk isu pematuhan had pelepasan, keperluan Kebenaran / Pemberitahuan Bertulis, Lesen Pelanggaran, Keperluan OYB bagi setiap loji dan beberapa isu lain.
Penerangan dan penjelasan isu telah disampaikan oleh Puan Pengarah JAS Sabah, KPPK Amir Hamzah serta kesemua pegawai JAS yang hadir Pn. Chai Hsieh Nee, En. Suffian, En. Nadzmi & Pn. Effa Edayu.
Sesi Libat Urus ini dicadangkan untuk diadakan lebih kerap dan pihak JPPS akan menyediakan minit mesyuarat untuk semakan JAS.
Sekian.