Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI GERAK BERSEPADU JAS-IPD BACHOK
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- JAS Kelantan
- Lokasi
- Bachok
Penerangan
Pada 9 Julai 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah melaksanakan Operasi Gerak Bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di Sekatan Jalan Raya (SJR) bermula jam 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam.
Operasi yang melibatkan 1 pegawai dan 6 anggota JAS ini bertujuan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 [PPKAS (KPDED) 1996] bagi memastikan kenderaan diesel mematuhi piawaian pelepasan asap yang ditetapkan.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 29 kenderaan telah diperiksa dan 18 kenderaan telah diuji. Hasil pemeriksaan, 8 Notis di bawah Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan serta 6 kompaun dikenakan terhadap kenderaan yang didapati melakukan kesalahan.
JAS Negeri Kelantan akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara bersepadu bagi memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar serta memelihara kualiti udara demi kesejahteraan rakyat.