PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN JAS–IPD PASIR PUTEH

JAS KELANTAN 27/08/2026 30 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN JAS–IPD PASIR PUTEH
Subjek
jaskelantan
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
27/08/2026
Organisasi
JAS Kelantan
Lokasi
Pasir Puteh

Penerangan

29 Jun 2026, Pasir Puteh, Kelantan - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah melaksanakan Operasi Gerak Bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada 29 Jun 2026, bermula dari jam 9.30 malam hingga 2.00 pagi. Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) ini telah dijalankan di hadapan Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan. Operasi yang melibatkan kerjasama antara JAS Negeri Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini disertai oleh seorang pegawai dan enam anggota JAS, dengan objektif meningkatkan pematuhan terhadap peruntukan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, di samping mengesan kenderaan yang mengeluarkan asap hitam melebihi had yang ditetapkan. Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 31 buah kenderaan telah diperiksa, manakala 25 buah kenderaan telah menjalani ujian pelepasan asap. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 12 notis telah dikeluarkan dan 10 kompaun dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan. JAS Negeri Kelantan akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar, sekali gus mengurangkan pencemaran udara daripada punca bergerak demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.