Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- JAS Kelantan
- Lokasi
- Kuala Krai
Penerangan
09 Februari 2026 – Projek Pembangunan Pembinaan Jambatan Baru di Kg Kemubu ke Kg Stong, Kuala Krai Kelantan.
Unit EIA Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek EIA bagi cadangan pembangunan aktiviti pembinaan Jambatan baru di jajahan Kuala Krai, Kelantan.Lawatan ini dihadiri oleh pihak penggerak projek iaitu Jabatan Kerja Raya dan juga jururunding EIA AMR Environmental Sdn.Bhd. Turut hadir bersama dalam lawatan tapak tersebut adalah agensi daripada JPS Kelantan, Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) Dan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai.
Lawatan tapak ini diadakan bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini dapat dipertimbangkan.