Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KELANTAN MENYERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES BIL. 1/2026 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- Jab. Kesihatan Negeri Kelantan
- Lokasi
- Kota Bharu
Penerangan
KOTA BHARU, 27 Jun 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah menyertai Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Bil. 1/2026 Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Program ini telah diadakan di sekitar Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan pembiakan nyamuk Aedes serta menggalakkan amalan menjaga kebersihan persekitaran. Program ini turut dirasmikan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan.
Penglibatan JAS Negeri Kelantan dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam menyokong usaha kerajaan memperkasakan pengurusan alam sekitar yang bersih, sihat dan lestari. Warga JAS turut bersama-sama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan beruniform, institusi pendidikan, syarikat swasta dan komuniti setempat melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Program seumpama ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penularan demam denggi, malah memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi serta meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa penjagaan kebersihan persekitaran merupakan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan komuniti yang sihat dan berkualiti.