Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI SEPADU PEMANTAUAN BUNYI BISING KENDERAAN BERSAMA IPD KOTA BHARU DAN JPJ KELANTAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 27/08/2026
- Organisasi
- JAS Kelantan
- Lokasi
- Kota Bharu
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan telah melaksanakan Operasi Sepadu Penguatkuasaan Bunyi Bising Kenderaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui IPD Kota Bharu serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan pada 15 Mei 2026.
Operasi dimulakan dengan Sekatan Jalan Raya (SJR) bermula pada jam 6.00 petang di lokasi sekatan empat penjuru Jalan Sri Cemerlang – Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Operasi ini dilaksanakan bagi memantau dan mengesan kesalahan bunyi bising melampau khususnya melibatkan motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu ketenteraman awam serta mencemarkan bunyi persekitaran.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 70 buah motosikal telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 9 buah motosikal telah dibawa ke IPD Kota Bharu untuk menjalani ujian bunyi bising di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987.
Hasil pemeriksaan dan ujian yang dijalankan mendapati sebanyak 9 notis telah dikeluarkan manakala 6 kompaun telah dikenakan terhadap pemilik motosikal yang gagal mematuhi had bunyi bising yang ditetapkan.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.00 pagi dan melibatkan penyertaan seramai 4 orang anggota penguat kuasa JAS bersama seorang pemandu.
JAS Negeri Kelantan akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain dalam usaha membanteras pencemaran bunyi bising serta memastikan kesejahteraan dan keselesaan masyarakat sentiasa terpelihara.