Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- "MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA" PROGRAM ALAM SEKITAR BERSAMA KANAK-KANAK TADIKA
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 04/08/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Lokasi
- Kota Kinabalu
Penerangan
4 Ogos 2026, Kota Kinabalu - Pemupukan kesedaran dan rasa cinta terhadap alam sekitar perlu bermula dari bangku tadika lagi. Pada usia inilah nilai murni paling mudah disemaikan sehingga mereka dewasa.
Modul Tadika terbitan Jabatan Alam Sekitar telah digunakan bagi melaksanakan aktiviti bersama anak-anak tadika iaitu merangkumi Modul Air, Modul Udara, Modul Kitar Semula, Modul Haiwan & Tumbuhan
Sesi Kuiz, Permainan Alam Sekitar dan Video Kanak-kanak bertemakan alam sekitar juga telah berjaya menarik perhatian 50 kanak-kanak ceria dan comel pada hari ini.
Antara jawapan kanak-kanak tadika berkaitan alam sekitar:
1. 'tidak boleh bakar bakar, nanti habis itu pokok kena bakar, nanti kita tiada oksigen'
2. ''must throw rubbish to rubbish bin'
3. 'tidak boleh buang plastik ke laut, nanti penyu makan & mati'
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jassabah_ogos2026