Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN DI PREMIS BERASASKAN SARUNG TANGAN GETAH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 01/09/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- TAIPING
Penerangan
19 Ogos 2026, Taiping – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan aduan di sebuah premis yang terletak Kawasan Perindustrian Kamunting. Hasil pemantauan di sekitar premis mendapati bahawa tidak beroperasi. Walaubagaimanapun, semasa pemeriksaan dijalankan, premis didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu buangan terjadual tidak diurus dengan baik, tidak distor dengan baik, tiada label dan tiada inventori direkodkan serta didapati tiada pemberitahuan bertulis berkenaan Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian. Tindakan diambil dibawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 & Peraturan-peraturan dibawahnya. Sebarang aduan boleh disalurkan terus ke Jabatan Alam Sekitar.