Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI DIALOG ANTARA JABATAN KIMIA CAWANGAN BINTULU BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) CAWANGAN BINTULU DAN CAWANGAN MIRI DAN LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NREB) CAWANGAN BINTULU DAN MIRI
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 26/08/2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Bintulu, Sarawak
Penerangan
26 Ogos 2026, Bintulu – Satu sesi dialog anjuran Jabatan Kimia Cawangan Bintulu dengan JAS Cawangan Bintulu, JAS Cawangan Miri, NREB Cawangan Bintulu dan NREB Cawangan Miri telah diadakan bertempat di pejabat Jabatan Kimia Cawangan Bintulu dan dipengerusikan oleh YBrs. ChM. Puan Abidah Raidah binti Gendang, Pengarah KIMIA Bintulu.
Objektif perbincangan sesi kali ini adalah merangkumi aspek pengurusan sampel, pematuhan industri, dan pengukuhan kerjasama teknikal. Jabatan Kimia Cawangan Bintulu mencadangkan penyelarasan standard pengambilan dan penyerahan sampel air efluen kepada mereka serta membincangkan had masa dari lokasi penguatkuasaan JAS ke makmal kimia terdekat bagi mengelakkan kerosakan atau perubahan sifat sampel. Selain itu, JAS dan NREB juga mencadangkan mengadakan program perkongsian ilmu berkaitan teknik persampelan dan kaedah persampelan yang sudah tidak digunapakai oleh Jabatan Kimia Bintulu.
Perbincangan juga menyentuh keperluan meningkatan keupayaan kemahiran persampelan kepada pegawai-pegawai JAS dan NREB melalui program bersepadu melibatkan Jabatan Kimia, JAS dan NREB.
Jabatan Alam Sekitar amat menghargai perbincangan dua hala pihak Jabatan Kimia Cawangan Bintulu dan adalah diharap kerjasama baik antara kesemua agensi yang terlibat dapat diteruskan dalam usaha bersama menjaga alam sekitar.