Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM WESTERN REGION HSSE EXCELLENCE WEEK
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 18/08/2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching
Penerangan
Pada 18 Ogos 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah memenuhi jemputan sebagai penceramah sempena Health, Safety, Security and Environment (HSSE) Excellence Week anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB). Program ini telah diadakan di SEB Western Region Office, Kuching, Sarawak.
Ceramah memberi fokus kepada fungsi utama JAS, kesedaran alam sekitar serta isu penguatkuasaan dan pematuhan industri di Sarawak. Seramai 30 orang peserta dalam kalangan warga kerja SEB telah menyertai program tersebut.
Perkongsian ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kerja mengenai aspek pengurusan alam sekitar, pematuhan perundangan serta kepentingan pengurusan sumber secara lestari. Inisiatif seumpama ini turut menyokong usaha memperkukuh budaya HSSE secara berterusan dalam kalangan warga kerja.