Koleksi Gambar / Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI DI SARAWAK
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 06/08/2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching
Penerangan
Program pengawasan kualiti air sungai telah dilaksanakan di sekitar Lundu dan Sematan secara bersama oleh Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) dan pasukan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak pada 6 Ogos 2026. Usaha ini bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di kawasan ini. Persampelan air sungai telah diambil dari 4 stesen sungai di sekitar Lundu dan Sematan.
Program ini dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard di bawah Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) bagi memastikan kualiti air sungai sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.
Kerjasama antara PSTW dan JAS Sarawak ini merupakan usaha penting dalam menjaga kualiti dan kelestarian air sungai.