Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA FOOD SAFETY, QUALITY, ENVIRONMENT, SAFETY & HEALTH (FQESH) DAY 2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 31/07/2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Food Safety, Quality, Environment, Safety & Health (FQESH) Day 2026 anjuran F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. (Kuching), Sarawak pada 31 Julai 2026. Program tersebut telah diadakan di Bilik Strawberi, F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. (Kuching), Sarawak. Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta memupuk kesedaran peserta mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
Ceramah bertajuk “Realiti Toksik e-Waste” telah disampaikan oleh Puan Siti Zahirah binti Zahari, Penolong Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Sarawak. Ceramah tersebut membincangkan pelbagai aspek berkaitan sisa elektrik dan elektronik (e-Waste), termasuk jenis-jenis e-Waste, punca-punca pencemaran, kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, serta kaedah pelupusan e-Waste yang betul mengikut amalan pengurusan yang selamat dan bertanggungjawab. Ceramah tersebut telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan kakitangan F&N.
Diharapkan sesi perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan kesedaran, memperkukuh pengetahuan serta memupuk amalan penjagaan alam sekitar yang lebih bertanggungjawab dan lestari dalam kalangan masyarakat di Negeri Sarawak.