PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA ENVIRONMENT WEEK

JAS SARAWAK 02/09/2026 53 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH ALAM SEKITAR SEMPENA ENVIRONMENT WEEK
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/08/2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching

Penerangan

Pada 4 Ogos 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah memenuhi jemputan sebagai penceramah sempena Environment Week anjuran Cahya Mata Cement Sdn. Bhd. yang bertemakan "Go Green, Act Now: Protecting Our Environment for the Future". Program tersebut telah diadakan di Mambong Integrated Plant, Kuching. Ceramah bertajuk “Program Pengawasan Jabatan Alam Sekitar” telah disampaikan oleh Encik Abang Zaharuddin bin Abang Mok, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Jabatan Alam Sekitar Sarawak. Ceramah tersebut memberi tumpuan kepada peranan JAS dalam melaksanakan program pengawasan kualiti alam sekitar, khususnya melibatkan pemantauan kualiti air sungai, air marin, air tanah serta kualiti udara. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kepentingan pemantauan berterusan dalam memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar serta usaha memelihara kualiti alam sekitar. Program ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pihak pengurusan dan warga kerja Cahya Mata Cement Sdn. Bhd.