Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN SEMPENA PROGRAM EXPO BULAN KEBERSIHAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) TAHUN 2026
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 25/07/2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Program Expo Bulan Kebersihan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Tahun 2026 anjuran DBKU pada 25-26 Julai 2026. Program ini telah berlangsung di Dewan Semariang Batu, Kuching, Sarawak.
Sepanjang program berlangsung, orang ramai berpeluang mengunjungi ruang pameran JAS Sarawak dan mencuba alat Virtual Reality (VR). Selain itu, aplikasi MyJAS EQMS turut diperkenalkan kepada para pengunjung melalui sesi penerangan mengenai fungsi dan kepentingannya. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap usaha pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.
Pelbagai aktiviti turut diadakan di ruang pameran JAS, antaranya pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS), permainan interaktif berserta kuiz, serta pengedaran bahan-bahan kesedaran seperti risalah berkaitan jerebu, larangan pembakaran terbuka, pencegahan pencemaran sungai dan amalan penjagaan alam sekitar.
Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan termasuk pendaftaran Rakan Alam Sekitar, permainan interaktif beserta kuiz dan pengedaran bahan kesedaran seperti risalah berkaitan jerebu, larangan pembakaran terbuka, pencegahan pencemaran sungai dan amalan penjagaan alam sekitar. Terima kasih kepada DBKU atas jemputan dan peluang untuk bersama-sama menyemarakkan usaha memupuk budaya kebersihan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.