PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SARAWAK KE IPD SIMUNJAN

JAS SARAWAK 02/09/2026 15 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SARAWAK KE IPD SIMUNJAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
04/08/2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Simunjan

Penerangan

IPD Simunjan telah menerima kunjungan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak pada 4 Ogos 2026 yang diketuai oleh En. Rozeiman bin Mat, Penolong Jurutera JAS Sarawak. Kunjungan tersebut disambut oleh YDH DSP Rafhan bin Kepli, Ketua Polis Daerah Simunjan dan disusuli dengan sesi perbincangan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang. Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan PDRM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi kerajaan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan. IPD Simunjan akan terus komited menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi demi memastikan keselamatan, kesejahteraan masyarakat serta kepentingan awam sentiasa terpelihara.