PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

SESI RAKAMAN TEMUBUAL BERITA EHWAL SEMASA, RTM SABAH: MENGULAS PERKEMBANGAN SEMASA BERKAITAN ISU JEREBU RENTAS SEMPADAN DAN STATUS KUALITI UDARA DI NEGERI SABAH.

JAS SABAH 03/09/2026 77 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI RAKAMAN TEMUBUAL BERITA EHWAL SEMASA, RTM SABAH: MENGULAS PERKEMBANGAN SEMASA BERKAITAN ISU JEREBU RENTAS SEMPADAN DAN STATUS KUALITI UDARA DI NEGERI SABAH.
Subjek
temubualRTMIPU
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
02/09/2026
Organisasi
RTM SABAH
Lokasi
Pejabat JAS Sabah

Penerangan

Pejabat JAS Sabah – RTM Sabah telah mengadakan sesi wawancara dan temubual bersama Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah bagi mengulas perkembangan semasa berkaitan isu jerebu rentas sempadan dan status kualiti udara di Negeri Sabah. Sesi ini memberi fokus kepada perkembangan terkini Indeks Pencemar Udara (IPU), pemantauan kualiti udara, faktor yang mempengaruhi keadaan jerebu serta langkah-langkah yang perlu diberi perhatian oleh orang awam. JAS Negeri Sabah terus melaksanakan pemantauan kualiti udara secara berterusan bagi memastikan perkembangan status kualiti udara dapat disampaikan kepada masyarakat melalui saluran komunikasi yang cepat dan berkesan. Orang awam disarankan agar sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan status kualiti udara melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar serta mengambil langkah berjaga-jaga yang bersesuaian sekiranya berlaku peningkatan bacaan IPU. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_september2026