Koleksi Digital / Lain-Lain
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- INFOGRAFIK PERSIDANGAN KEBANGSAAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR : DARIPADA DASAR KEPADA TINDAKAN
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 03/09/2026
- Organisasi
- NRES
- Lokasi
- HOTEL HATTEN
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka dengan kerjasama Ibu Pejabat JAS Putrajaya di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kerajaan Negeri Melaka dengan sukacitanya menjemput pihak industri untuk bersama-sama menyertai Persidangan Kebangsaan Kelestarian Alam Sekitar 2026, yang dianjurkan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2026 Peringkat Kebangsaan.
Persidangan ini menghimpunkan barisan penceramah dan pakar berpengalaman dalam bidang alam sekitar, teknologi, penguatkuasaan, kelestarian dan inovasi industri, dengan perkongsian ilmu yang relevan, praktikal dan berimpak tinggi kepada pihak industri.
? 12 Jam CPD yang boleh dituntut
? Penceramah & pakar berkaliber dari pelbagai bidang
? Perkongsian trend, teknologi dan isu alam sekitar semasa
? Platform terbaik untuk menambah ilmu, jaringan profesional serta memperkukuh pematuhan alam sekitar organisasi
?? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada agenda kelestarian alam sekitar di peringkat kebangsaan.
“Daripada Dasar Kepada Tindakan” — mari kita bersama-sama menerjemahkan komitmen kelestarian kepada tindakan yang nyata dan memberi impak kepada industri serta alam sekitar. ??
Link pendaftaran adalah seperti berikut :
https://forms.gle/rztiCsu2qen7CipK8
Tempat adalah terhad. Daftar sekarang!
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#HASN2026