PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

PELAKSANAAN AUDIT KUALITI DALAMAN (AKD) BIL. 1/2026 MS ISO 9001:2015 DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH

JAS SABAH 03/09/2026 46 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PELAKSANAAN AUDIT KUALITI DALAMAN (AKD) BIL. 1/2026 MS ISO 9001:2015 DI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH
Subjek
-
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
02/09/2026
Organisasi
-
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

Penerangan

02 SEPTEMBER 2026, KOTA KINABALU, SABAH – Audit Kualiti Dalaman (AKD) Bil. 1/2026 MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah selama dua (2) hari, iaitu pada 01 hingga 02 September 2026. Pasukan audit telah diketuai oleh Tuan Mohd Shahrin bin Mudzarap @ Mansor, Ketua Penolong Pengarah dan disertai oleh tiga (3) orang pegawai auditor, iaitu Puan Zuhariah binti Jon, Ts. Mohamad Iswandy bin Ibrahim dan Encik Hisham bin Busin. Audit ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), khususnya dari aspek keupayaan Jabatan dalam memenuhi keperluan pelanggan melalui pematuhan terhadap prosedur kualiti yang ditetapkan. Selain itu, audit turut dilaksanakan bagi menilai keberkesanan SPK dalam mencapai objektif Jabatan berkaitan pelanggan serta mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan SPK secara berterusan. Pengarah JAS Negeri Sabah, Puan Nor Rashidah binti Mohd Ghazali, merakamkan penghargaan atas kehadiran pasukan audit serta menyatakan kesediaan JAS Negeri Sabah untuk memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan audit dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan berkesan. JAS Negeri Sabah terus memperkukuh kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang profesional, telus dan berintegriti. #NRES #jabatanalamsekitar #jasnegerisabah #alamsekitartanggungjawabbersama