PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PENGLIBATAN JABATAN ALAM SEKITAR SEBAGAI JURI BAGI PERTANDINGAN LAMAN MIDDLE LEADER TEAM (MLT) STANJAK 2026

JAS MELAKA 03/09/2026 22 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGLIBATAN JABATAN ALAM SEKITAR SEBAGAI JURI BAGI PERTANDINGAN LAMAN MIDDLE LEADER TEAM (MLT) STANJAK 2026
Subjek
MLT
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
03/09/2026
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

Sesi penjurian Pertandingan Laman Middle Leader Team (MLT) STANJAK 2026 telah berlangsung di SK Tanjung Minyak, Melaka dengan penglibatan panel penilai daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah. Penilaian pertandingan mengambil kira aspek persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif, selaras dengan usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan berkualiti. Objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah, memupuk amalan kelestarian dalam kalangan warga sekolah, mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran serta memupuk budaya kerjasama, inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga sekolah. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SK Tanjung Minyak atas komitmen dan usaha dalam memperkasa persekitaran sekolah yang bersih, ceria, lestari dan kondusif. #JASMelaka #STANJAK2026 #SKTanjungMinyak #SekolahLestari #SekolahBersihCeria #Kelestarian #Melaka #JAS