Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PPUM
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 14/08/2026
- Organisasi
- PPUM
- Lokasi
- PPUM
Penerangan
14 OGOS 2026, KUALA LUMPUR – JAS WPKL telah menyertai Pameran Kesedaran Alam Sekitar sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Penyertaan ini memfokuskan kepada pendedahan mengenai kaedah pelupusan sisa elektronik (e-waste) yang selamat kepada warga PPUM dan orang awam. Turut diadakan adalah aktiviti kuiz interaktif bagi memupuk kesedaran berkaitan kepentingan perlindungan lapisan ozon.
Inisiatif ini diharap dapat menggalakkan amalan budaya hijau serta mengeratkan kerjasama bersama warga institusi kesihatan demi kelestarian alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama