Koleksi Gambar / Pengurusan JAS
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- AUDIT PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) JAS WPKL
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 26/08/2026
- Organisasi
- JAS HQ
- Lokasi
- JAS WPKL
Penerangan
26 OGOS 2026, KUALA LUMPUR – JAS WPKL telah menerima lawatan kerja daripada Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS Putrajaya) bagi pelaksanaan Audit Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Sesi pengauditan ini memfokuskan kepada semakan rekod projek di bawah seliaan JAS WPKL bagi menilai tahap pematuhan, pengurusan dokumen, dan memastikan data projek sentiasa dikemas kini selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Input serta syor penambahbaikan daripada proses audit ini akan dijadikan panduan bagi memantapkan lagi tadbir urus, sistem penyampaian perkhidmatan, dan penguatkuasaan jabatan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama