Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGANJURAN PROGRAM SCHOOL'S OUT KIDS IN (SOKI) DI PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN KEDAH
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 04/09/2026
- Organisasi
- JAS KEDAH
- Lokasi
- PUSAT SAINS NEGARA KEDAH
Penerangan
01 - 03 September 2026, Alor Setar, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program School's Out Kids In (SOKI) di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.
Pelbagai agensi turut dijemput mengadakan pameran antaranya Majlis Bandaraya Alor Setar, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Kedah dan lain- lain.
Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung seperti senamrobik, kuiz tentang sains, pameran haiwan (Petting Zoo), kuiz tentang e-waste, bermain puzzle, permainan berkaitan sains, pengumpulan pakaian terpakai dan lain-lain lagi.
Selain itu, turut juga ditampilkan maskot Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara iaitu Rora dan Rona.
Pendaftaran Rakan Alam Sekitar kepada pengunjung turut mendapat sambutan yang baik.
Dengan adanya program seperti ini dapat memberi kesedaran berkaitan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada
masyarakat setempat di negeri Kedah selaras dengan tema JAS 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama' dan hasrat kerajaan negeri iaitu "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".