PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

TAKLIMAT TEKNOLOGI PELEPASAN UDARA DI JABATAN ALAM SEKITAR PERAK

JAS PERAK 03/09/2026 7 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT TEKNOLOGI PELEPASAN UDARA DI JABATAN ALAM SEKITAR PERAK
Subjek
PELEPASAN UDARA
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
09/09/2026
Organisasi
jas perak
Lokasi
ipoh

Penerangan

03 September 2026, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan Program Perkongsian Ilmu bertajuk Teknologi Pelepasan Udara yang telah disampaikan oleh Ir. Ng Bee Lan, Chemical Environmental Process Engineer dari syarikat Leafcraft Engineering Sdn Bhd. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang sistem teknologi pelepasan udara yang wujud di Malaysia kepada semua pegawai teknikal JAS Perak. Sistem teknologi ini membantu dalam mengurangkan pelepasan bahan pencemar yang berbahaya yang telah digunakan oleh semua pemain industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Selain itu, sistem teknologi ini penting dalam menjaga kualiti udara persekitaran yang selamat. Semoga taklimat ini meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran pegawai jabatan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_september2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari