PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LIBAT URUS SEMAKAN SEMULA PELAN KONTINGENSI TUMPAHAN MINYAK MALAYSIA (MOSCOP) SIRI 2/2026

- 10/09/2026 61 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS SEMAKAN SEMULA PELAN KONTINGENSI TUMPAHAN MINYAK MALAYSIA (MOSCOP) SIRI 2/2026
Subjek
MOSCoP
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
10/09/2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Jabatan Aklam Sekitar

Penerangan

20 – 24 Julai 2026, W.P. Putrajaya – Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Semakan Semula Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP) Siri 2/2026 yang telah berlangsung di Hotel Fox Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Perasmian sesi libat urus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Zul, Pengarah Penguatkuasa, JAS.Turut hadir sama adalah YBrs. En. Rosli bin Osman, Pengarah Air dan Marin, JAS. Sesi ini turut melibatkan penyertaan aktif daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang juga merupakan Agensi Jawatankuasa Operasi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (NOSC). Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, W.P. Putrajaya selaku pihak urus setia dan penganjur, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Meteorologi Malaysia (Met MALAYSIA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak swasta seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG). Sesi libat urus siri kedua (2) kali ini diadakan bagi meneruskan usaha agensi-agensi di bawah Jawatankuasa NOSC dalam memantapkan lagi dokumen MOSCoP. Objektif utama sesi kali ini adalah untuk menukarkan draf konseptual yang telah dibincangkan sebelum ini kepada protokol muktamad yang boleh dilaksanakan secara praktikal dan berkesan di lapangan. Ini adalah bagi memastikan setiap keputusan dalam operasi tindak balas yang diambil dapat diseimbangkan dengan faedah alam sekitar dan potensi impak kolateral bagi memastikan pemulihan ekosistem berlaku dengan kadar paling optimum.