PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

SESI LIBAT URUS MEMBINCANGKAN PINDAAN SOP FOR JOINT OIL SPILL COMBAT IN THE SOUTH CHINA SEA INCLUDING BRUNEI BAY FOR BRUNEI DARULSSALAM AND MALAYSIA SERTA TERMA RUJUKAN (TOR) KERJASAMA DALAM PENGURUSAN TUMPAHAN MINYAK MARIN

- 10/09/2026 59 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS MEMBINCANGKAN PINDAAN SOP FOR JOINT OIL SPILL COMBAT IN THE SOUTH CHINA SEA INCLUDING BRUNEI BAY FOR BRUNEI DARULSSALAM AND MALAYSIA SERTA TERMA RUJUKAN (TOR) KERJASAMA DALAM PENGURUSAN TUMPAHAN MINYAK MARIN
Subjek
Brunei Bay
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
10/09/2026
Organisasi
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2026 – Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan Sesi Libat Urus bagi Membincangkan Pindaan Standard Operating Procedure (SOP) For Joint Oil Spill Combat in the South China Sea Including Brunei Bay for Brunei and Malaysia serta Terma Rujukan (TOR) Kerjasama dalam Pengurusan Tumpahan Minyak Marin pada 29 Jun 2026 hingga 2 Julai 2026. Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Manakala kedua-dua ketua wakil negara juga telah memberikan ucapan penutup; YBhg. Kepten Basza Alexander bin Haji Basri, Port Master, Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dan En. Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Dalam bengkel tersebut, seramai 6 peserta daripada Brunei Darussalam yang diwakili oleh Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) dan Petroleum Authority of Brunei Darussalam. Manakala peserta daripada Malaysia seramai 24 orang yang mewakili Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG). Terdapat dua (2) objektif utama sesi libat urus ini: Pertama adalah untuk menyemak, membuat penambahbaikan dan mengemaskini Deraf SOP For Joint Oil Spill Combat in the South China Sea Including Brunei Bay for Brunei and Malaysia yang telah diwujudkan sejak 1995; Kedua adalah untuk membincangkan intipati bagi pewujudan Deraf Terma Rujukan (TOR) Kerjasama antara Brunei Darussalam dan Malaysia dalam pengurusan tumpahan minyak merentasi sempadan. Kolabrasi sebegini adalah diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama serantau dalam koordinasi, kesiapsiagaan dan peningkatan keupayaan sumber dalam pengurusan tumpahan minyak merentasi sempadan bagi menjaga kepentingan bersama dalam memastikan impak pencemaran tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat, ekosistem marin, ekonomi dan reputasi negara. Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan kerjasama strategik dalam pengurusan tumpahan minyak merentasi sempadan dilaksanakan secara lebih berkesan, terselaras dan responsif.