PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PENGANJURAN PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH TAHUN 2026 (PERINGKAT PARLIMEN MERBOK)

JAS KEDAH 13/09/2026 37 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGANJURAN PROGRAM HARI AIR DAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH TAHUN 2026 (PERINGKAT PARLIMEN MERBOK)
Subjek
PAMERAN
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
13/09/2026
Organisasi
JAS KEDAH
Lokasi
KUALA KETIL, KEDAH

Penerangan

KUALA KETIL, 12 SEPTEMBER 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Program Hari Air dan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Merbok, Daerah Kuala Muda. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Masjid Al-Muhsinin, Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, Kedah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Muhamad Yusoff @ Munir Bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah. Bagi pengisian program, pelbagai agensi dan institusi telah dijemput untuk mengadakan pameran bagi memberikan pendedahan kepada komuniti. Antara agensi yang terlibat termasuklah: - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Kedah - Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) - Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) Selain pameran, pelbagai aktiviti interaktif turut dijalankan sepanjang program berlangsung bagi menarik penyertaan masyarakat setempat, antaranya: - Aktiviti 'Brisk Walk' dan mini sukaneka. - Aktiviti penanaman pokok. - Pemeriksaan kesihatan secara percuma. - Sukan rakyat dan pertandingan mewarna. - Sesi kuiz berkaitan buangan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) serta permainan 'puzzle'. Kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) turut dibuka kepada pengunjung dan telah menerima sambutan yang amat menggalakkan meskipun dalam keadaan cuaca yang agak mendung. Penganjuran program berimpak tinggi seperti ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat setempat mengenai kepentingan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Usaha murni ini adalah selaras dengan tema Jabatan Alam Sekitar iaitu 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama', sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri ke arah "Kedah Sejahtera Lestari Bersama".