Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KIMIA MALAYSIA KE-7 (K2M) PERINGKAT NEGERI PERAK 2026
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 15/09/2026
- Organisasi
- jas perak
- Lokasi
- KAMPAR
Penerangan
KAMPAR, 12 September 2026– Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah dijemput sebagai antara pempamer dalam Program Karnival Kimia Malaysia Ke-7 (K2M) Peringkat Negeri Perak 2026. Program ini dianjurkan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Selaku pempamer jemputan, JAS Negeri Perak telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi memeriahkan ruang pameran serta menarik kehadiran pengunjung, antaranya:
?? Permainan Interaktif: Aktiviti santai berteraskan kesedaran alam sekitar untuk pelbagai peringkat umur.
?? Pameran Visual Pencemaran: Paparan maklumat berfoto bagi meningkatkan kefahaman mengenai kesan pencemaran.
?? Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS): Inisiatif menggalakkan penglibatan awam sebagai sukarelawan alam sekitar.
Program pendidikan dan kesedaran ini merupakan salah satu usaha berterusan JAS untuk memupuk kesedaran di peringkat institusi pendidikan, seterusnya menggalakkan warga sekolah dan IPT bersama-sama memulihara alam sekitar.
?? "Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama"
#NRES
#HariOzonSedunia2026
#BeatPlasticPollution
#JabatanAlamSekitar
#JASPerak_September2026
#HariAlamSekitarSedunia
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#PerakBumiLestari