PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

GAGAL PATUHI STANDARD BUNYI: EMPAT PENUNGGANG MOTOSIKAL DIKOMPAUN DALAM OPS BERSEPADU DI IPOH

JAS PERAK 13/09/2026 9 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
GAGAL PATUHI STANDARD BUNYI: EMPAT PENUNGGANG MOTOSIKAL DIKOMPAUN DALAM OPS BERSEPADU DI IPOH
Subjek
BUNYI BISING
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
21/09/2026
Organisasi
jas perak
Lokasi
ipoh

Penerangan

IPOH, 13 September 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah melaksanakan "Ops Bunyi Bising Motosikal" di Balai Polis Pasir Putih. Operasi bersepadu ini dijalankan bagi mengawal kadar pelepasan bunyi bising kenderaan motor di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dalam operasi tersebut, pihak penguatkuasa JAS telah mengenakan empat (4) kompaun serta mengeluarkan empat (4) Notis kepada penunggang motosikal yang dikesan gagal mematuhi paras bunyi dibenarkan. Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan pemilik kenderaan sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan demi memelihara ketenteraman awam dan kelestarian alam sekitar. #NRES #HariOzonSedunia2026 #BeatPlasticPollution #JabatanAlamSekitar #JASPerak_September2026 #HariAlamSekitarSedunia #AlamSekitarTanggungjawabBersama #PerakBumiLestari