Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM GREEN HEROES @ SCHOOL: MEMBINA GENERASI HIJAU
- Subjek
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 14/09/2026
- Organisasi
- Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan
- Lokasi
- Sk. Sungai Lada Wilayah Persekutuan Labuan
Penerangan
Pada 14 September yang lalu, satu program kelestarian iaitu Green Heroes@School: Membina Generasi Hijau telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sekolah Kebangsaan Sungai Lada, Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara dan Hari Ozon Sedunia. Bagi menyokong inisiatif tersebut, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut diundang untuk menjayakan pengisian program. Antara pengisian utama termasuklah sesi ceramah bertajuk "Jaga Alam, Jaga Masa Depan" yang disampaikan oleh Pegawai MyStep JAS, serta pameran oleh JAS Wilayah Persekutuan Labuan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar.